JATUH TALAK
Si putri berlari mendapatkan ibunya yang sedang meraung dan teresak-esak menangis dihadapan tangga rumahnya.
Putri : (Dengan cemas) Kenapa ni mak?
Ibu : (Sambil melolong seperti orang sakit) Ayah kau..marahkan mak, tak benarkan mak pergi jemputan rumak bekas...ADOIII.......
Putri : (Dengan rasa marah)Apa yang ayah dah buat pada mak ni?
Ibu : Mak bergaduh, ayah kau kata "kalau mak pijak anak tangga pertama, jatuh talak satu. kalau tangga kedua, jatuh talak dua. Dan kalau ketiga, jatuh talak tiga....WAAA sakit...
Putri : Apa yang mak buat?
Ibu : mak terjun tangga...WAAAAA.....
(org kte slalunye blondie ni bodoh... btol ke??? sila bca lawak seterusnya n pkir sndri)
BLONDIE
Seorang gadis berambut perang telah pergi ke
sebuah kedai elektronik..
Gadis : Saya ingin menbeli TV ini..
Penjual : Sorry, barang ini tidak di jual untuk orang berambut perang..
Gadis berambut perang itu segera bergegas pulang dan terus menyembur
rambutnya. Lalu dia pergi semula ke kedai tadi dan berkata kepada
penjualnya..
Gadis : Saya ingin membeli TV ini..
Penjual : Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang..
Gadis itu berfikir..
"Oh, dia masih mengenaliku'..lalu gadis itu melakukan perubahan
100% kepada dirinya. Dia memotong rambutnya dan mewarnakannya
dengan warna baru, memakai pakaian baru dan kaca mata besar.
Gadis itu menunggu beberapa hari, lalu dia pergi semula ke kedai itu..
Dia pergi ke penjual itu dan berkata,
Gadis : Aku ingin membeli TV ini..
Penjual : Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang..
Kerana kecewa gadis itu bertanya..
Gadis : Bagaimana kamu tahu aku yang berambut perang..
Penjual : Kerana ini bukan TV tapi Microwave..
more blonde jokes here
EXCIDENT
Seorang lelaki dan wanita terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dahsyat. Kereta mereka remuk sama sekali. Ajaibnya, kedua mereka selamat tanpa sebarang kecederaan. Selepas berjaya keluar, perempuan itu berkata kepada si lelaki, " Heran ye. Awak lelaki, saya wanita. Tengok la kereta kita. Hancus! Tapi kita tak apa-apa pun. Mungkin ini tanda dari tuhan untuk kita. Mungkin dah takdir kita akan berkawan & mungkin hingga ke jinjang pelamin", kata si wanita tersengih-sengih.
Si lelaki terkedu, "Saya setuju dengan kata-kata awak", katanya.
"Oh ye. Ini satu lagi keajaiban dari tuhan. Walaupun kereta saya rosak teruk, botol arak ini masih elok. Tak pecah pun. Mungkin ini tanda dari tuhan supaya kita minum ucap selamat untuk hal ini. Apa kata saudara?", kata si wanita sambil menghulurkan arak itu kepada si lelaki.
"Baiklah, demi persahabatan ini", kata si lelaki sambil dengan rakusnya meminum arak tersebut hingga separuh botol. Selepas itu dia menyerahkan botol itu kembali kepada si wanita. Si wanita menutup botol arak itu dan menghulurkan kembali kepada si lelaki.
Si lelaki bertanya dengan kehairanan,"Kenapa kamu tak minum sama?".
Si wanita membalas,"Takpe lah. Saya tunggu polis datang....

No comments:
Post a Comment